22 Laman Web Untuk Dapatkan Stock Images Secara Percuma.

Kebanyakkan pengguna internet biasanya mendapatkan gambar hanya melalui carian di Google dan tidak tahu untuk dapatkan stock images secara percuma. Gambar melalui hasil carian di Google kadang-kala tidak begitu berkualiti dan ada juga yang mempunyai hakcipta (copyright) iaitu anda perlukan kebenaran pemilik untuk menggunakan gambar tersebut. Pengguna internet tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh mendapatkan stock images secara percuma dengan mudah.

Jika gambar mempunyai lesen (copyright) dan anda menggunakannya tanpa kebenaran pemilik, anda sebenarnya boleh dikategorikan sebagai ‘pencuri’ gambar. Jadi, adakah wajar untuk anda gunakan gambar yang ‘dicuri’ untuk tujuan perniagaan atau sebarang tujuan yang mendatangkan keuntungan?

Bagimana pula dengan kualiti gambar? Kategori gambar yang dicari? Ada juga gambar percuma hasil carian di Google, mempunyai kualiti dan resolusi yang baik. Namun, kadang-kala kategori gambar yang dijumpai tidak begitu menepati dengan tujuan. Salah satu cara untuk mendapatkan gambar yang berlesen, berkualiti dan sah digunakan untuk tujuan komersial anda ialah dengan mendapatkan stock images samada yang berlesen ataupun secara percuma.

Salah satu sumber yang paling terkenal untuk dapatkan stock images ialah melalui laman web Shutterstock. Namun, Shutterstock bukanlah percuma dan ianya sangat premium. Jika dilihat pakej plan di Shutterstock, pakej paling asas ialah serendah USD49 (sekitar RM210) untuk 5 keping gambar. Selain Shutterstock, laman web premium yang menawarkan stock images dengan plan berbayar ialah 123RF.

Bagi yang serius dan perlukan akses gambar yang banyak, Shutterstock adalah pilihan yang tepat. Tapi, jangan risau. Jika anda fikir yang Shutterstock ini mahal dan anda masih belum mampu untuk melanggan pakej-pakejnya, anda boleh cuba dapatkan stock images secara percuma dari laman-laman web yang telah saya senaraikan di bawah ini. Setiap gambar di dalam laman berikut mempunyai lesen CCO (Creative Common Zero) dan tanpa copyright. Jadi, anda boleh menggunakan gambar tersebut secara bebas bagi tujuan komersial tanpa memberi kredit kepada pemilik asal.

Laman-laman web Stock Images percuma:

  1. Gratisography
  2. Pixabay
  3. Pexels
  4. Stocksnap
  5. Morguefile
  6. Freerangestock
  7. Unsplash
  8. Super Famous
  9. Picjumbo
  10. Picography
  11. Freeimages
  12. Getrefe
  13. Jay Mantri
  14. New Old Stock
  15. Little Visuals
  16. Visual Hunt
  17. Startupstockphotos
  18. Magdeleine
  19. Travel Coffee Book
  20. Moveast
  21. Barn Images
  22. Freedigitalphotos

Produk yang percuma tidaklah setanding produk yang premium. Namun, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari gambar-gambar yang diperlukan. Pastikan juga anda melihat dan menyemak syarat-syarat (sekiranya ada) pada setiap laman web sebelum anda menggunakan gambar yang diambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *