3 Tools Ini Dapat Membantu Anda Menambah Followers Instagram

Ramai yang telah menggunakan aplikasi Instagram samaada untuk personal sahaja ataupun untuk bisnes. Tapi, bagi pengguna baru dan masih tak faham dengan sistem Instagram, mungkin masih lagi mencari-cari cara untuk menambah followers Instagram. Bagi orang kenamaan atau yang sudah terkenal, mudah untuk mereka menambah followers Instagram dengan cepat. Tapi, bagaimana pula dengan bukan orang kenamaan?

Bagi yang tidak tahu, sistem Instagram (buat masa ini), memang pelik sedikit. Ianya tidak sama dengan Facebook ataupun aplikasi media sosial yang lain. Salah satu cara untuk dapatkan followers di Instagram dengan cepat ialah dengan follow pengguna lain terlebih dahulu. Makin ramai anda follow, makin bertambah followers anda. Untuk satu akaun Instagram, anda di hadkan untuk follow pengguna lain sehingga 7500 pengguna sahaja. Maksudnya, had following anda hanya setakat 7500 sahaja. Jadi, jika following dah penuh, anda kena unfollow dulu sebanyak mungkin dan ulang proses follow semula untuk proses menambah followers Instagram.

Anda diingatkan bahawa proses manual follow dan unfollow ni, boleh membuatkan akaun anda di’ban‘ atau disekat oleh pihak Instagram. Oleh itu, anda harus berhati-hati jika nak follow atau unfollow dengan kuantiti yang banyak. Tapi, sampai bila anda nak membazirkan masa anda dengan kerja follow dan unfollow di Instagram. Proses manual sebegini sebenarnya memenatkan. Jangan risau, ada alat / tools yang dapat membantu anda automasikan proses follow dan unfollow di Instagram. Saya tunjukkan 3 tools terbaik untuk membantu anda menambah followers Instagram dengan lebih mudah dan berkesan.

1. Instagress

Instagress memang web-based tool yang tidak asing lagi dalam dunia Instagram. Tak perlu download software dan anda hanya perlu daftar sahaja di laman web mereka secara percuma. Bagi akaun Instagram yang pertama kali didaftarkan di dalam sistem Instagress, anda akan diberikan tempoh masa percuma selama 3 hari untuk mencuba. Pilihan yang ada di dalam sistem Instagress lebih advance / terperinci dimana terdapat banyak tetapan yang anda boleh pilih. Anda boleh pilih untuk auto follow / auto komen / auto unfollow / auto likes berdasarkan tetapan hashtags ataupun username pengguna tertentu. Bagi pertama kali mencuba, ianya agak rumit. Kos bagi penggunaan Instagress adalah berdasarkan bilangan hari. Pakej terendah adalah USD1.99 untuk penggunaan 3 hari bagi 1 akaun Instagram.

2. Influxsocial

Influxsocial juga adalah web-based tool yang anda tidak perlu download dan hanya guna sistem di laman web mereka sahaja. Influxsocial menyediakan sistem untuk proses auto follow / auto unfollow yang hampir sama dengan Instagress namun dengan tetapan yang lebih ringkas. Anda boleh daftar di laman web Influxsocial secara percuma dan bagi akaun Instagram yang pertama kali didaftarkan, anda akan mendapat tempoh percubaan (percuma) selama 5 hari. Kos penggunaan Influxsocial adalah mengikut pakej bulanan dan harga pakej berbeza berdasarkan kelajuan sistem. Kos paling rendah dengan kelajuan biasa ialah USD9.95 untuk sebulan. Apa yang diperkatakan dari pihak mereka, sistem mereka lebih laju dari penyedia servis auto yang lain.

3. Followers Assistant.

Followers Assistant merupakan aplikasi untuk smartphone Android yang dapat membantu anda menguruskan akaun Instagram. Anda boleh cari aplikasi ini di Google Play Store. Menerusi aplikasi ini, anda dapat lihat siapa yang masih tak follow dan siapa yang dah unfollow akaun anda. Malah, dengan aplikasi ini, anda juga dapat unfollow maksimum 200 pengguna dalam 1 masa dengan 1 klik sahaja. Maksimum 1000 unfollow untuk 1 hari. Jika anda nak ‘cuci’ following anda, maka ini aplikasi yang sesuai untuk anda. Anda boleh daftarkan seberapa banyak akaun ke dalam aplikasi ini dan boleh menggunakan fungsi unfollow ini secara percuma sahaja.

Aplikasi ini juga menawarkan servis berbayar jika anda ingin gunakan servis auto follow / auto likes bagi menambah followers instagram. Untuk servis auto ini, kosnya hanya USD2 untuk penggunaan sebulan. Ianya lebih murah berbanding Instagress atau Influxsocial namun tetapannya yang lebih terhad. Anda juga perlukan pastikan aplikasi ini sentiasa ‘on’ di smartphone anda supaya servis auto tersebut sentiasa berjalan. Sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi bateri smartphone anda.


Jadi, itu antara 3 tools yang boleh membantu anda menambah followers instagram. Saya sudah mencuba ketiga-tiga tools ini dan bagi saya, Instagress masih lagi terbaik. Sebenarnya masih ada banyak lagi tools yang seumpama ini namun saya hanya pernah cuba 3 jenis ini sahaja. Yang lain-lain, tawarannya agak kurang menarik dan mungkin lebih mahal. Mungkin anda pernah mencuba tools yang lain dan lebih baik? Anda boleh bagi pandangan di ruangan komen di bawah.

One thought on “3 Tools Ini Dapat Membantu Anda Menambah Followers Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *