4 Model Bisnes Untuk Anda Menjana Pendapatan USD Secara Online

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda menjana pendapatan USD secara online. Dulu, ramai beranggapan bahawa susah untuk membuat bisnes online lebih lebih lagi meraih matawang USD namun dalam dunia internet yang serba canggih, kini dah ramai yang mampu menjana pendapatan USD dengan mudah. Dengan kadar tukaran matawang Ringgit ke USD yang sangat tinggi sekarang, tak salah jika anda nak mencuba bisnes USD ni. Apa yang penting, hanyalah ilmu. Anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan.

Untuk mendapatkan ilmu, ada pelbagai cara samada percuma mahupun yang berbayar. Bagi yang belum berkemampuan untuk dapatkan ilmu berbayar, anda boleh cuba belajar dulu dari sumber ilmu yang percuma. Untuk ilmu percuma, anda boleh dapatkan melalui Youtube, Google ataupun melalui forum-forum. Di dalam artikel ini, saya akan terangkan secara ringkas mengenai bisnes-bisnes online yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan USD.

1.Bisnes Servis

Untuk bisnes servis, anda perlu ada kemahiran yang tertentu dan bernilai. Ada orang sanggup bayar untuk servis yang anda sediakan. Untuk bisnes servis, ianya sangat menguntungkan kerana anda tak perlu keluarkan modal untuk produk. Kemahiran atau bakat anda yang menjadi modal bisnes anda. Mungkin sedikit modal diperlukan untuk melaksanakan kemahiran tersebut ataupun untuk marketing. Selebihnya, bergantung kepada diri anda sendiri.

Salah satu platform yang terkenal yang anda boleh sertai untuk menjual servis anda ialah melalui Fiverr. Anda boleh caj setiap servis asas dengan serendah USD5 bagi setiap servis dan upsell servis anda ke harga yang lebih tinggi mengikut kesesuaian. Salah satu servis yang ramai rakyat Malaysia buat di Fiverr ialah servis terjemahan bahasa iaitu dari English ke Bahasa Melayu. Namun, servis ni dah ramai orang buat di Fiverr. Tak salah jika anda nak mencuba.

Sekiranya anda mempunyai bakat lain seperti kebolehan membuat suara iklan, melukis logo, melukis kartun, membuat editing gambar ataupun mana-mana bakat yang tak ramai pesaing, anda boleh cuba iklankan di Fiverr. Mungkin anda boleh menjana pendapatan USD melalui Fiverr.

Selain Fiverr, anda juga boleh iklankan kemahiran anda di Freelancer. Kadar bayaran di Freelancer berbeza berbanding di Fiverr dan kos bayaran adalah mengikut jenis projek yang dilaksanakan. Jika pelanggan setuju dengan harga yang dibincangkan, anda boleh teruskan projek tersebut dan anda hanya menerima bayaran sekiranya pelanggan sudah berpuas hati. Antara servis yang dijalankan di Freelancer ialah membina laman web, membina aplikasi smartphone, menulis artikel, rekabentuk logo dan lain-lain.

2.Bisnes Affiliate

Bisnes affiliate ini pula ialah anda mempromosikan link untuk sesuatu produk dan apabila ada pelanggan yang membeli produk tersebut melalui link affiliate anda, anda akan mendapat komisen. Untuk bisnes affiliate ini, anda perlu tahu cara dan bagaimana untuk mendapatkan trafik yang bersesuaian dengan produk yang anda promosikan itu. Anda boleh cuba melalui emel marketing, SEO melalui blog anda, pemasaran video melalui Youtube ataupun melalui platform media sosial seperti Facebook. Apa yang penting, anda harus tahu cara pengiklanan yang sesuai supaya bakal pelanggan anda tertarik untuk membeli produk melalui link affiliate anda.

Ada 3 laman web terkenal yang menawarkan bisnes affiliate USD yang anda boleh daftar secara percuma iaitu:

Setiap produk samada fizikal ataupun digital, mempunyai nilai komisen dalam USD dengan nilai yang berbeza. Pastikan anda memilih produk yang betul dan kenalpasti sasaran pelanggan yang betul. Tak semestinya memilih produk dengan komisen tertinggi jika anda sendiri tak tahu nak promosikan produk tersebut. Fahami jenis produk supaya senang untuk anda promosikan nanti.

3. Bisnes Produk Fizikal

Bagi bisnes produk fizikal, anda perlukan platfom yang sesuai untuk promosikan produk anda. Anda mungkin menjual produk anda sendiri ataupun anda hanya dropshipping produk dari sumber luar. Terdapat pelbagai laman web dan aplikasi smartphone yang anda boleh gunakan sebagai platform untuk menjual produk fizikal anda. Namun, saya akan senaraikan beberapa laman web yang saya pernah gunakan sahaja.

  • Ebay – Merupakan salah satu laman web marketplace kegemaran saya. Ebay merupakan laman web marketplace yang terkenal di United States dan mempunyai jumlah trafik yang tinggi selepas Amazon. Anda boleh menjual produk di eBay samada secara lelong (pembidaan) ataupun dengan harga yang tetap.
  • Etsy – Merupakan laman web marketplace yang memfokuskan jualan produk yang dibuat sendiri (handmade) ataupun produk lama (vintage). Sekiranya anda mempunyai produk sebegini, tak salah untuk mencuba di Etsy.
  • Bonanza – Dikatakan pesaing baru bagi eBay dan salah satu marketplace yang mempunyai trafik yang tinggi. Dikatakan sebagai “Most Recommended Marketplace” untuk tahun 2016. Namun, syarat-syarat di Bonanza kini semakin ketat. Tapi, tak salah untuk anda mencubanya.
  • Shopify – Shopify berbeza dengan eBay, Etsy ataupun Bonanza. Shopify merupakan platform untuk anda membina laman web ecommerce anda yang tersendiri. Ianya tidak mempunyai trafik pelanggan dan anda sendiri yang perlu mendapatkan trafik ke laman web ecommerce anda. Ada trafik, ada pelawat ke laman web anda. Ada pelawat yang tepat, maka akan ada pembeli. Jadi, ilmu marketing adalah diperlukan jika anda ingin membina laman web ecommerce melalui Shopify ini.

4. Bisnes T-shirt Print On Demand (POD)

Anda boleh melakukan bisnes tshirt POD ini melalui platform Teesspring. Model bisnes ini tidak memerlukan anda keluarkan modal untuk membayar stok Tshirt. Malah anda tidak perlu cetak tshirt selagi tiada permintaan. Anda hanya perlu upload gambar rekaan tshirt anda dan promosikan sahaja rekaan tshirt tersebut. Sekiranya minimum jumlah order tercapai, maka syarikat Teespring akan membantu anda mencetak dan menghantar tshirt tersebut ke pelanggan-pelanggan anda.

Anda boleh tetapkan sendiri jumlah minimum order dan harga bagi setiap rekaan tshirt. Keuntungan setiap tshirt ditetapkan oleh anda sendiri. Sekiranya jumlah minimum tak tercapai, duit pembeli akan dikembalikan. Sekiranya jumlah order mencapai jumlah minimum atau melebihi jumlah minimum, maka proses order akan diteruskan. Anda hanya perlu  mempromosikan rekaan tshirt anda dan pihak Teespring akan uruskan bahagian pencetakan dan pengedaran tshirt.

Terdapat juga beberapa alternatif kepada Teespring. Antaranya ialah  Teezilly, TeeChip dan Gearbuble.


Jadi, itu antara bisnes-bisnes yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan USD secara online. Ini hanyalah sekadar pengenalan dan informasi sahaja. Bagi memulakan sesuatu bisnes, anda perlu belajar dan faham bagaimana untuk melakukannya. Cari ilmu terlebih dahulu supaya anda tidak mengalami kerugian terlalu banyak. Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *