Tips Untuk Remove Rakan Facebook Yang Tidak Aktif Dengan Pantas

Tips yang bakal dikongsikan ini khusus untuk mereka yang menggunakan Facebook sebagai platform untuk membuat bisnes ataupun untuk personal branding. Sudah tentu akaun Facebook anda kini sudah mencecah ribuan rakan. Salah satu cara untuk membina personal branding yang berkesan di Facebook ialah dengan memiliki rakan-rakan Facebook yang aktif iaitu rakan Facebook yang sentiasa ada engagement (Like/Komen/Share) dengan anda. Pastikan rakan Facebook anda juga mempunyai minat yang sama dengan anda. Supaya setiap perkongsian anda di Facebook sentiasa menarik perhatian mereka.

Tapi, jika majoriti atau kesemua rakan Facebook anda, bukan dalam kategori yang anda inginkan dan anda rasa susah untuk dapat engagement,  adalah lebih baik anda ‘cuci’ senarai rakan Facebook anda itu. Tapi, adakah anda perlu remove rakan facebook secara manual satu persatu? Jika senarai rakan hanya dalam puluhan atau ratusan orang, mungkin senang untuk remove tapi jika ribuan rakan? Ia sememangnya leceh dan mengambil masa yang lama untuk dibuat secara manual.

Tak perlu risau kerana ada satu teknik untuk remove rakan Facebook dengan lebih pantas dan memudahkan kerja anda. Teknik ini hanya boleh dilakukan pada PC ataupun laptop sahaja dan bukannya melalui smartphone. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan memasang satu extension pada browser Google Chrome anda. Extension ini dikenali sebagai Friend Remover Pro. Anda boleh download disini: http://bit.ly/2e9LNi7.

Selepas memasang extension ini, anda perlu login ke akaun Facebook anda dan klik pada ikon extension ini pada browser Google Chrome anda. Selepas itu, senarai rakan Facebook anda akan dipaparkan seperti dalam gambar dibawah.

Extension ini mampu untuk remove kesemua rakan facebook anda dalam satu masa atau anda juga boleh pilih beberapa orang sahaja untuk di unfriend pada satu masa. Jika anda nak mulakan ‘kehidupan’ baru di Facebook, anda boleh pilih pilihan ‘select all‘ dan klik pada butang remove friends. Kesemua rakan facebook anda akan diremove dalam beberapa minit sahaja. Sangat pantas.

Sekiranya anda hanya ingin remove rakan Facebook yang tidak aktif (inactive), anda hanya perlu pilih rakan yang berada di bahagian paling bawah. Boleh pilih beberapa orang sahaja dan seterusnya klik pada butang remove friends. Itu sahaja. Senang kan?

Pastikan anda memilih yang betul-betul anda rasa tak perlu dan tak kenal. Anda boleh melakukan proses ini berulang kali sekiranya anda betul-betul ingin menapis rakan Facebook yang sewajarnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. Jika ada soalan atau cadangan, jangan lupa untuk komen dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *