4 Laman Web Untuk Buang Background Gambar Dengan Percuma

Selalu ambil gambar tapi background gambar tak menarik? Nak edit dan buang background gambar tu tapi tak pandai? Jangan risau, terdapat pelbagai cara untuk buang background gambar / latar belakang gambar ni. Bagi yang dah mahir atau profesional dengan edit gambar, biasanya akan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop untuk buang background gambar / latar belakang gambar. Ni bagi yang dah betul-betul mahir guna la. Tapi, untuk newbie macam aku, memang aku tak guna la Adobe Photoshop ni. Sebab nampak macam rumit dan dah jadi satu hal pula untuk aku study pasal Adobe Photoshop ni semata-mata untuk tahu cara buang background gambar. Tapi, kalau anda rasa nak guna Adobe Photoshop, boleh cuba ikut tutorial video di bawah ni.

Biasanya orang akan buang background gambar sebab nak edit untuk nampak lebih cantik. Mungkin juga nak tukar background gambar / latar belakang gambar yang berbeza dan lebih menarik. Cara ini juga sesuai untuk para peniaga atas talian (online) sebab nak bagi nampak produk tu lebih menyerlah dan menonjol. Jika anda iklankan produk anda di laman web ecommerce atau marketplace, gambar produk yang lebih jelas tanpa background sebenarnya lebih baik berbanding gambar produk diatas kain atau gambar produk diatas lantai. Teknik buang background gambar atau latar belakang gambar ni bagus sebenarnya supaya gambar produk tu lebih nampak profesional. Pelanggan pun suka tengok gambar yang lebih profesional. Lihat sendiri contoh dibawah.

Sebelum buang background / latar belakang gambar
Sebelum buang background / latar belakang gambar
Selepas buang background / latar belakang gambar
Selepas buang background / latar belakang gambar

Sebenarnya ada beberapa laman web atau aplikasi yang boleh digunakan untuk buang background gambar / latar belakang gambar dengan lebih mudah. Ada yang yang berbayar samada secara bulanan atau ikut jumlah gambar yang digunakan dan ada juga yang percuma. Jadi, sekarang ni aku nak kongsikan beberapa laman web yang anda boleh guna secara percuma. Sesuai untuk yang baru nak bermula.

PhotoRoom

PhotoRoom - Buang Latar Belakang Gambar
PhotoRoom

PhotoRoom adalah salah satu laman web / tool yang menjadi pilihan aku untuk buang background gambar atau latar belakang gambar. Sememangnya percuma. Kalau anda tengok di lawan web PhotoRoom, memang dinyatakan ianya percuma. Cara untuk guna laman web ni juga mudah. Hanya muatnaik gambar dan secara automatik, background gambar atau latar belakang gambar asal akan dibuang. Dan apa yang menarik tentang PhotoRoom ni ialah anda juga boleh pilih latar belakang yang berwarna untuk gambar anda.

PhotoRoom juga mempunyai aplikasi untuk telefon (Apple dan Android). Kalau tak nak guna kat laman web, anda boleh muaturun je aplikasi dan guna kat telefon. Cuma di aplikasi telefon, apa yang aku perasan ialah PhotoRoom ni ada versi Pro iaitu versi yang berbayar. Jadi, akan ada limit sedikit pada versi percuma pada aplikasi PhotoRoom di telefon. Jika dilihat pada laman web PhotoRoom, tidak dinyatakan pula versi Pro ni.

Update: Untuk PhotoRoom versi web, anda hanya boleh muaturun percuma hasil gambar dalam resolusi rendah sahaja.

Photoroom Pro

Inpixio

InPixio - Buang latar belakang gambar

Laman web untuk buang background gambar / latar belakang gambar seterusnya ialah InPixio. Pada laman web InPixio juga dinyatakan yang ianya percuma untuk digunakan. InPixio juga senang untuk digunakan. Hanya muatnaik gambar dan klik apply untuk laman web ini proses buang latar belakang gambar. Apa yang aku lihat, InPixio ni tiada aplikasi telefon dan anda tidak dapat pilih warna untuk latar belakang baru (tak sama seperti PhotoRoom). Hanya boleh muaturun gambar dengan background / latar belakang transparent sahaja. Cuma selepas aku mencuba laman web ni, proses buang background gambar / latar belakang gambar tu tidak sempurna. Ada sedikit kekurangan. Boleh lihat contoh dibawah.

Pixcut by Wondershare

Pixcut
Pixcut

Laman web lain yang anda boleh cuba untuk buang background gambar / latar belakang gambar ialah Pixcut dari Wondershare ni. Laman web Pixcut ni juga percuma untuk digunakan. Cuma untuk versi percuma, ada berapa limit dan Pixcut juga ada tawarkan versi berbayar untuk anda menggunakan laman web ni. Bagi versi percuma, anda hanya dapat muaturun gambar dalam kualiti biasa sahaja / resolusi rendah (bersaiz kecil). Jika anda tak kisah dengan tahap kualiti atau saiz gambar, anda boleh juga guna laman web Pixcut ni.

Pixcut - Buang background gambar / latar belakang gambar
Pixcut

Fococlipping

Fococlipping
Fococlipping

Fococlipping merupakan laman web kegemaran dan keutamaan aku bila aku nak guna untuk buang background gambar. Sebelum ni, aku guna PhotoRoom tapi bila aku dapat tahu yang PhotoRoom hanya dapat muaturun gambar resolusi gambar rendah sahaja (untuk versi web), jadi aku bertukar ke Fococlipping ni. Apa yang aku semak di laman web Fococlipping ni, memang tiada tanda harga dan setakat yang aku guna, sememangnya ianya percuma untuk digunakan. Malah, anda juga dapat muaturun gambar resolusi yang tinggi (HD).

Yang menarik juga tentang Fococlipping ni, ada satu fungsi dimana ianya akan terus kesan apa jenis gambar tu sebelum background gambar dibuang secara secara automatik. Tiga jenis gambar yang akan dikesan samada Potrait, Product ataupun Graphic. Mungkin ada sesetengah gambar, ada bahagian yang tidak dikesan sepenuhnya. Jadi, anda juga boleh guna fungsi restore ataupun erase untuk memastikan proses buang background ini sempurna. Antara fungsi tambahan lain yang ada pada Fococlipping ni, ialah anda juga boleh letak background gambar yang berwarna atau guna template yang sedia ada supaya gambar anda nampak lebih menarik.

Jadi, itu 4 pilihan laman web yang anda boleh guna untuk buang background gambar / latar belakang gambar dengan secara percuma dan tanpa had (tolong betulkan kalau aku salah). Ini hanya pilihan aku sahaja. Banyak lagi laman web atau aplikasi telefon yang boleh digunakan untuk buang background gambar ni. Jika ada lagi laman web yang menarik untuk buang background gambar, boleh kongsi di ruangan komen di bawah ni. Selamat mencuba!

Tak nak terlepas info dan perkongsian terbaru dari web ni? Sila join channel Telegram: https://t.me/imzanrazin

Share artikel ini:

Ruangan komen;

ooppss. sorry