5 Aplikasi Google Percuma Yang Wajib Digunakan.

Google logo

Aku sebenarnya pengguna setia aplikasi dari Google. Banyak membantu dan memudahkan kerja hanya menggunakan satu id (email) Gmail sahaja. Lagipun, aku pun menggunakan phone android. Of course la kena guna produk dari Google. Jadi, sekarang aku nak kongsikan 5 aplikasi Google percuma yang wajib aku duk guna dan paling penting bagi aku.

Aplikasi Google Gmail

Aplikasi Google Gmail (http://google.com/mail) ni untuk email. Yang ni rasanya memang dah ramai tau la. Sekarang pun ramai yang ada email menggunakan alamat gmail je. Lagipun, kena ada gmail, baru boleh akses semua aplikasi Google. Untuk pengetahuan anda, di app Gmail kat smartphone, anda juga boleh masukkan email lain walaupun dari Yahoo, Hotmail, dll. Jadi, semua notifikasi email, akan terus masuk ke dalam app Gmail ni sahaja. Nak reply, nak delete, hanya guna 1 app gmail ni sahaja. Tak perlulah nak install app email lain.

Google Mail Add Account
Hanya klik pada add account di app gmail untuk tambah akaun email yang lain.

Aplikasi Google Drive

Aplikasi Google Drive (https://www.google.com/drive/) ni adalah tempat simpanan semua fail secara online (cloud storage). Boleh diakses dimana-mana selagi ada internet. Jadi, tak perlu nak bawa hardisk ke mana-mana. Hanya perlu login sahaja. Ianya lebih selamat kerana hardisk ni kadang-kadang mudah rosak. File juga mudah ‘corrupted’ jika disimpan di hardisk. Jadi, sebagai backup, anda boleh simpan file-file penting di aplikasi Google Drive ni. Untuk permulaan, anda diberi 15GB ruang simpanan secara percuma. 15GB tu dah banyak tapi kalau tak cukup, boleh naiktaraf ke 100GB, 200GB atau 2TB dengan bayaran bulanan. Boleh rujuk di https://one.google.com/

One Google Malaysia

Aplikasi Google Docs / Sheets

Aplikasi Google Docs (https://docs.google.com/) yang paling kerap digunakan ialah Documents atau Sheets. Ini diibaratkan seperti Microsoft Words atau Excel tapi versi online. Anda boleh buat dokumen secara online dan tak perlu install apa-apa software. Kalau untuk kegunaan di smartphone, anda hanya perlu install aplikasi Google Docs sahaja. Docs / Sheets ni boleh diakses di mana-mana selagi ada capaian internet. Untuk urusan simpan rekod, aku biasanya lebih guna aplikasi Google Sheets berbanding Excel sebab ianya lebih selamat disimpan dan senang untuk diakses. Jadi, tak pening kalau file hilang / corrupt.

Aplikasi Google Forms

Aplikasi Google Form (https://docs.google.com/forms) Ini ialah aplikasi / web dari Google untuk anda buat borang secara online. Sesuai sangat untuk buat borang survey atau borang belian produk. Guna aplikasi Google Forms pun dah cukup sebab ianya percuma je. Anda juga boleh sync dengan aplikasi Google Sheets. Contoh; Jika pengguna isi borang di Google Forms, segala maklumat boleh terus disimpan di Google Sheets secara automatik. Kan lebih mudah tu.

Aplikasi Google Keep

Aplikasi Google Keep (https://keep.google.com/) ni aku lebihkan pada aplikasi di smartphone. Ni ibarat notepad. Untuk nota-nota ringkas, biasanya aku akan simpan di aplikasi Google Keep dulu. Nak catat apa-apa yang penting, on-the-spot, kira pakai Google Keep ni je. Nak buat checklist pun boleh guna Google Keep ni. Segala nota ni juga boleh diakses di PC. Yang penting, kena ada internet la.


Ok, itu dulu 5 aplikasi asas dari Google yang wajib aku guna setiap hari. Ada banyak lagi app dari Google yang percuma tapi aku akan kongsikan di posting yang lain. Cuma yang ni yang menjadi pilihan aku je. Anda mungkin ada pilihan lain.

Tak nak terlepas info dan perkongsian terbaru dari web ni? Sila join channel Telegram: https://t.me/imzanrazin

Share artikel ini:

Ruangan komen;

oyeh..oyeh. cuba lagi.