Tips Untuk Elakkan Nombor Whatsapp Dibanned

Terdapat beberapa cara atau tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned oleh pihak Whatsapp terutamanya selepas melakukan aktiviti Whatsapp marketing (broadcasting). Nombor Whatsapp biasanya akan mudah dibanned oleh pihak Whatsapp sekiranya anda terlalu banyak buat spamming atau penerima mesej akan buat report terhadap nombor Whatsapp anda.
Bagi seorang peniaga online ataupun marketer yang sudah biasa menggunakan 3rd party software untuk buat broadcast/bulk message Whatsapp, anda semestinya ingin menghantar mesej yang banyak kepada semua pelanggan (database) dengan lebih mudah. Tapi pada masa yang sama, anda ingin berhati-hati supaya akaun Whatsapp anda tidak dibanned oleh pihak Whatsapp.
Sistem Wasapmatic boleh membantu anda untuk buat Whatsapp Marketing seperti broadcast / bulk message, chatbot dan API (untuk notifikasi). Daftar sekarang secara percuma!
Umumnya, terdapat 2 jenis banned yang dibuat oleh pihak Whatsapp iaitu Temporary Banned dan Permanent Banned.
- Temporary Banned ni biasanya untuk pemilik akaun yang melakukan kesalahan buat pertama kali dan mudah untuk dapatkan kembali akaun selepas dibanned.
- Permanent Banned, ianya akan dikenakan selepas kesalahan berulang kali dan sukar untuk dapatkan kembali akaun tersebut.

Sebelum anda teruskan kepada tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned, terlebih dahulu anda perlu tahu kenapa Whatsapp banned akaun anda.
Kebiasaannya, nombor Whatsapp hanya dibanned setelah melakukan aktiviti broadcast/bulk message kerana ianya menjurus kepada aktiviti spamming. Bagi aktiviti chatbot atau sekadar menghantar notifikasi, ianya kurang berisiko.
Namun, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan akaun Whatsapp anda dibanned. Antaranya;
- Menghantar mesej Whatsapp terlalu banyak dalam waktu yang singkat. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan sistem broadcast/bulk message dari 3rd party dan bukannya official Whatsapp API.
- Jumlah mesej yang dihantar terlalu banyak secara tiba-tiba terutamanya dari nombor yang baru digunakan/didaftar.
- Menghantar mesej yang sama berulang kali kepada jumlah penerima yang terlalu ramai.
- Nombor Whatsapp anda lebih banyak menghantar mesej dan kurangnya menerima mesej. Ratio yang tidak seimbang.
- Menghantar mesej kepada nombor yang tak dikenali / bukan dalam contacts dengan terlalu kerap.
- Penerima mesej membuat aduan (report) pada nombor Whatsapp anda.
- Menggunakan aplikasi Whatsapp yang tidak rasmi seperti GBWhatsapp atau Whatsapp Plus pada peranti anda.
Berikut beberapa tips untuk elakkan dan kurangkan risiko nombor Whatsapp anda dibanned.
- Buat broadcast/bulk message hanya pada database milik anda sahaja. Bukan database yang anda scrape dari mana-mana group atau database yang dibeli dari mana-mana sumber. Hantar mesej kepada database yang kenal diri/bisnes anda.
- Sekiranya anda menggunakan nombor atau akaun Whatsapp yang baru, adalah lebih elok mematangkan nombor tersebut terlebih dahulu. Pastikan ada perbualan atau ada mesej keluar masuk secara normal. Untuk peringkat awal, elakkan automasi pada nombor baru tersebut.
- Guna nombor atau akaun Whatsapp yang baru pada peranti (telefon) yang belum pernah dibanned oleh pihak Whatsapp.
- Pastikan menggunakan aplikasi Whatsapp yang rasmi yang dimuaturun dari Play Store atau App Store.
- Menggunakan nombor yang berbeza-beza untuk menghantar mesej broadcast/bulk message. Elakkan bergantung kepada 1 nombor dan kurangkan risiko pada 1 nombor sahaja.
- Untuk mesej awal atau mesej yang dihantar pertama kali, disarankan anda kenalkan diri terlebih dahulu dan tidak letak sebarang link. Mesej yang pertama seharusnya lebih ke arah soft selling, mesej yang educate dan bukannya hard selling supaya penerima tidak report pada akaun anda.
- Tidak menghantar mesej kepada kesemua penerima yang ramai sekaligus. Pecahkan kesemua penerima kepada beberapa kumpulan kecil dan hantarkan mesej mengikut kumpulan (grouping). Tetapkan masa yang berbeza untuk setiap kumpulan.
- Untuk aktiviti broadcast/bulk message, pastikan menggunakan sela masa (delay) yang tidak terlalu cepat diantara mesej yang dihantar. Jangan guna delay yang terlalu cepat seperti 3-4 saat. Boleh guna delay lebih dari 10 saat. Biar lambat, asal selamat.

- Menggunakan fungsi spintax/shortcodes pada mesej broadcast/bulk message supaya ada kelainan pada setiap mesej yang dihantar.

Penerima 1: Salam. Selamat pagi.
Penerima 2: Hai. Selamat pagi.
Penerima 3: Hi. Selamat pagi.
{Salam|Hai|Hi} ialah spintax dimana hanya salah satu ayat yang akan digunakan di dalam mesej.
- Meletakkan link unsubscribe/opt-out di dalam mesej hebahan Whatsapp. Beri pilihan kepada penerima untuk unsubscribe atau tidak lagi menerima mesej anda pada masa akan datang. Cara ini lebih baik kerana penerima boleh menolak anda secara baik dan tidak tekan pada butang report.
Ok, itu sahaja tips yang saya boleh kongsikan. Saya akan kemaskini topik ini dari semasa ke semasa. Ingin saya maklumkan bahawa tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned ini tidak semestinya berkesan dan tidak menjaminkan 100% selamat.
Tips ini hanyalah sebagai panduan dan langkah berjaga-jaga untuk kurangkan kebarangkalian akaun Whatsapp anda dibanned. Keputusan akhir mungkin berbeza mengikut akaun Whatsapp masing-masing.
Semoga perkongsian tips untuk elakkan nombor Whatsapp dibanned ini sedikit sebanyak dapat membantu anda melancarkan kempen broadcast/bulk messaging dengan lebih baik.
Selamat mencuba!
Member discussion