Cara Block Konten / Artikel Mengikut Keyword Secara Automatik

Pernah tak anda teringin nak sembunyikan atau block konten atau artikel yang asyik muncul di Facebook? Bila ada sesuatu isu, asyik konten tu yang muncul di Facebook. Atau mungkin anda nak sembunyikan atau block konten atau artikel yang berkaitan spoiler filem? Sebenarnya, ada cara untuk anda block konten mengikut keyword yang telah anda tetapkan. Contohnya, jika ada konten atau topik berkaitan keyword tersebut, maka semuanya akan dihitamkan secara automatik. Anda boleh lihat screenshot dibawah;
Anda bukan sahaja dapat block konten di Facebook, malah carian di Google ataupun Youtube pun turut dihitamkan mengikut keyword yang telah anda tetapkan. Bila dah dihitamkan, sudah tentu anda akan kurang fokus atau tak ingin ambil tahu berkenaan topik tersebut. Sekurang-kurangnya dapat mengalih perhatian anda.
Cara block konten mengikut keyword ni hanya sesuai untuk pengguna PC / Desktop sahaja dan pastikan anda menggunakan pelayar web Google Chrome. Kemudian, anda hanya perlu memasang extension Chrome yang dikenali sebagai Spoiler Block. Extension Chrome ini adalah percuma untuk digunakan.
Untuk block konten atau artikel, anda hanya perlu masukkan apa-apa keyword yang anda mahukan dan selepas itu, mana-mana konten atau artikel samada di Facebook, Google ataupun tajuk video di Youtube yang mempunyai keyword tersebut, akan dihitamkan secara automatik.
Pada asalnya, extension ni digunakan hanya untuk sembunyikan atau block spoiler filem sahaja. Sebab itu ia dinamakan Spoiler Block. Bagi yang tak tahu, spoiler filem bermaksud penceritaan atau maklumat yang bocor tentang sesuatu filem yang sedang ditayangkan. Jadi, jika anda nak elak spoiler untuk mana-mana filem, anda boleh guna extension ni. Hanya masukkan keyword berkaitan filem atau masukkan tajuk filem sahaja di ruangan yang disediakan. Itu sahaja. Selamat mencuba!
Untuk tutorial, anda boleh lihat pada video dibawah;