6 Laman Web Untuk Buang Objek Tidak Diingini Dari Gambar Secara Percuma

Imzan Razin - 6 Laman Web Untuk Buang Objek Tidak Diingini Dari Gambar Secara Percuma

Nak buang objek tidak diingini dari gambar? Gambar selalu tak ‘perfect‘ sebab asyik kena ‘photobomb‘? Gambar kenangan / peribadi ada orang atau objek yang tidak diingini di latar belakang?

Sebelum ni, untuk edit gambar atau untuk buang objek tidak diingini dari gambar, biasanya hanya menggunakan software Adobe Photoshop. Namun, tidak ramai yang begitu mahir untuk menggunakan software Adobe Photoshop ni. Jika tujuan sekadar hanya untuk buang objek tidak diingini dari gambar, menggunakan Adobe Photoshop ini lebih memakan masa dan sedikit rumit untuk sesetengah pengguna.

Sekarang ada pelbagai jenis software dan laman web percuma mahupun berbayar untuk buang objek tidak diingini dari gambar. Dengan adanya bantuan A.I (artificial intelligence), nak edit gambar atau buang objek tidak diingini dari gambar kini menjadi lebih mudah dan cepat. Hanya upload gambar dan terus edit. Itu sahaja.

Terdapat 6 laman web percuma (pilihan saya) yang anda boleh cuba untuk buang objek tidak diingini dari gambar dengan lebih mudah dan cepat. Dan yang menariknya, anda tak perlu nak daftar akaun untuk menggunakan laman web ini.

1.Snapedit.app

buang objek tidak diingini dari gambar

 

Untuk Snapedit, cara untuk menggunakannya agak senang. Hanya upload dan edit sahaja. Agak mudah untuk buang objek tidak diingini dari gambar. Proses juga agak cepat. Tapi, apa yang menarik tentang Snapedit ialah terdapat satu fungsi Auto (A.I) dimana ia akan mengesan objek / subjek secara automatik. Anda hanya tandakan objek / subjek berkenaan jika nak buang.

Anda boleh muaturun hasil gambar ke versi HD secara percuma tetapi perlu tunggu beberapa saat atau untuk hasil yang lebih baik, anda perlu muaturun Snapedit versi aplikasi telefon. Snapedit terdapat di App Store atau Google Playstore

2. Cleanup.pictures

buang objek tidak diingini dari gambar

Cleanup pictures salah satu laman web / app yang agak terkenal untuk buang objek tidak diingini dari gambar. Laman web ini juga percuma dan tidak perlu pendaftaran untuk menggunakannya. Namun, bagi akaun percuma ini, anda hanya boleh muaturun hasil gambar dalam resolusi yang lebih rendah iaitu 720p. Untuk gambar versi HD, anda perlu melanggan versi Pro dengan serendah USD3 sebulan. Cleanup pictures juga mempunyai aplikasi telefon untuk android dan ios yang dikenali sebagai Clipdrop.

3.Picwish

buang objek tidak diingini dari gambar

Untuk Picwish, proses buang objek tidak diingini dari gambar juga agak senang dan cepat. Hanya upload dan edit sahaja. Dengan Picwish, anda juga boleh hightlight objek / subjek dalam gambar satu persatu. Yang menarik tentang Picwish selain ianya percuma dan tidak perlu pendaftaran, anda juga boleh muaturun hasil gambar dalam kualiti atau saiz gambar yang hampir sama dengan gambar asal. Ia tetap berkualiti HD. Cuma setelah saya cuba edit gambar menggunakan Picwish ni, hasilnya agak kurang ‘bersih’ berbanding yang lain. Namun, anda boleh cuba dulu.

4. Magic Eraser by Magic Studio

buang objek tidak diingini dari gambar

Untuk magic eraser, ianya juga percuma dan tanpa pendaftaran. Cara edit juga senang iaitu hanya upload dan highlight objek yang ingin dibuang. Namun, anda hanya boleh muaturun gambar percuma ke resolusi rendah sahaja. Untuk muaturun gambar versi resolusi penuh (seperti asal), anda perlu melanggan versi Pro iaitu dengan harga USD14.99 sebulan. Agak mahal juga ni. Next!

5. imgcleaner

buang objek tidak diingini dari gambar

Untuk imgcleneaner, dari segi penggunaan dan kualiti gambar yang dihasilkan, bagi saya ianya hampir sama dengan Picwish. Hasil gambar juga agak kurang ‘bersih’ setelah saya mencubanya. Proses untuk dapatkan hasil juga lebih lama berbanding yang lain. Cuma untuk imgcleaner ni, terdapat satu lagi fungsi iaitu Inpaint Strength. Mungkin fungsi ini yang mempengaruhi hasil gambar yang baik atau tidak. Anda boleh mencubanya.

6. theinpaint

buang objek tidak diingini dari gambar

Laman web terakhir yang anda boleh guna untuk buang objek tidak diingini dari gambar ialah theinpaint. Laman web ini boleh dikatakan pelopor dalam industri edit gambar (sejak tahun 2007) dan disebabkan itu juga, interface laman web ini agak tidak begitu moden berbanding laman web yang lain. Untuk hasil gambar, anda hanya boleh muaturun dalam versi resolusi rendah sahaja dan jika ingin muaturun versi resolusi tinggi, anda perlu membayar mengikut jumlah kredit. 1 gambar dengan 1 kredit dan kos kredit ialah USD4.99 untuk 10 kredit.


Jadi, itu sahaja perkongsian berkaitan laman web yang anda boleh guna untuk buang objek tidak diingini dari gambar dengan lebih mudah, percuma dan tidak perlu pendaftaran. Anda lebih suka yang mana? Atau ada laman web lain lagi yang lebih baik? Kongsikan pendapat anda di bahagian komen.

========

Taknak terlepas info seperti ini? Jangan lupa untuk join Telegram Channel: t.me/imzanrazin

Leave a Reply

Haha! You cannot copy content of this page