Cara mudah untuk ‘Delete Facebook Friends’ yang tidak aktif dengan 1 klik!

Nak delete Facebook friends dengan lebih mudah? Ada ramai rakan Facebook / Facebook Friends tapi banyak yang tak aktif atau anda perasan ada akaun Facebook yang dah tak wujud tapi nak cari balik akaun Facebook tersebut, tapi dah tak jumpa. Macamana tu? Bagi yang mempunyai jumlah rakan Facebook / Facebook Friends yang sedikit, memang mudah untuk semak satu persatu. Tapi, bagi yang dah ada senarai rakan Facebook / Facebook Friends yang agak ramai, mungkin beribu, agak susah sedikit untuk delete satu persatu.

Khas untuk pengguna Facebook yang ada ramai rakan Facebook dan nak delete Facebook friends tu, aku ada jumpa satu tool / aplikasi yang boleh bantu anda dengan cara yang lebih mudah dan efektif. Cuma, aku nak bagitau tool ni sebenarnya berbayar. Ada versi percuma tapi versi percuma ni tak berapa efektif ataupun tak berapa ‘power’. Setelah aku duk cuba tool ni, memang tak rugi la kalau anda nak try. Aku cuba ceritakan sedikit fungsi yang ada kat tool ni.

Delete Facebook Friend
Tool Delete Facebook Friend

Tool delete Facebook friends ni dinamakan sebagai L.O.C (dulu dikenali sebagai Multiple Tools for Facebook). Setakat ini, seramai 600,000 pengguna telah menggunakan tool ni. Tool ni merupakan Google Chrome extension. Jadi, bila nak guna tool ni, pastikan anda menggunakan PC / laptop dan menggunakan Google Chrome browser. Untuk muaturun tool ni, anda boleh buat carian di Chrome Web Store atau terus klik disini; download L.O.C

Tool ni sebenarnya bukan khas untuk delete Facebook friends sahaja tapi masih banyak fungsi lain yang ada. Antara fungsi lain yang menarik bagi aku ialah untuk delete Facebook friends request, groups scanner, pages scanner, dan interaction scanner. Tapi, seperti yang aku bagitau sebelum ni, untuk versi percuma, agak terhad sikit untuk guna fungsi yang ada. Sebab tu aku cadangkan anda guna versi berbayar. Boleh lihat screenshot dibawah untuk harga tool ni.

Delete Facebook Friend Tool
Harga untuk tool ni

Jika anda lihat pada gambar yang aku tunjuk tu, harganya mengikut jumlah akaun Facebook yang anda nak guna. Untuk 1 akaun Facebook, kosnya ialah USD20 (sekitar RM84. ikut tukaran semasa). Untuk pembayaran, anda hanya boleh buat pembayaran menggunakan kad sahaja. Bayaran untuk tool ni bukanlah secara bulanan atau tahunan tapi hanya sekali pembayaran. Jadi, bayar sekali dan boleh pakai selagi boleh pakai. Lagi satu, pastikan anda dah login akaun Facebook yang anda nak gunakan pada browser yang sama extension tool ni diinstall. Jika dah bayar versi premium, tool akan kesan akaun Facebook yang dah login pada waktu tersebut.

Sekarang aku nak tunjuk fungsi utama pada tool ini iaitu Friend Remover. Disini aku tunjuk 2 screenshot dari 2 akaun yang berbeza iaitu versi percuma dan versi premium.

Delete Facebook Friends
Versi percuma
Delete Facebook Friends
Versi premium

Jika dilihat pada gambar diatas, untuk versi percuma, anda hanya boleh delete Facebook friends yang aktif, yang telah disenaraikan sahaja. Namun, untuk versi premium, tool ini juga akan senaraikan juga akaun-akaun Facebook yang dah deactivated dan juga locked by Facebook. Jadi, anda juga boleh pilih dan delete akaun-akaun ni dari senarai rakan / friends Facebook anda. Hanya tandakan pada mana-mana akaun dan klik pada butang bye-bye.

Cara delete Facebook friends menggunakan tool ni

Perlu diingatkan bahawa tool ini bukan tool rasmi dari pihak Facebook. Maka, penggunaannya masih ada risiko. Setakat yang aku guna, jarang sangat akaun Facebook aku dikenakan sekatan oleh Facebook. Cuma untuk penggunaan tool seperti ini, anda perlu berhati-hati dan tidak terlalu teruja untuk delete terlalu ramai pada satu masa. Juga tidak guna terlalu kerap. Lebih-lebih lagi kalau akaun Facebook anda masih baru.

Your account may get locked temporarily (checkpointed by Facebook) for using my extension – Warning dari pihak developer.

Lagi satu fungsi yang ‘power‘ bagi aku pada tool ni ialah fungsi interaction scanner. Fungsi ini akan scan senarai rakan / friends Facebook anda dan akan tunjukkan jumlah interaksi mereka dengan anda. Interaksi yang ditunjukkan adalah dari segi reaksi (reaction), komen (comment) dan message (mesej).

Disini anda akan dapat lihat siapa yang paling banyak buat interaksi (reaksi, komen dan mesej) dengan anda di Facebook dan juga siapa yang tak pernah buat interaksi dengan anda. Anda juga dapat lihat interaksi rakan / friends Facebook ini mengikut tempoh waktu tertentu. Jadi, anda boleh juga delete Facebook friends mengikut kadar interaksi ini. Namun, fungsi ini hanya terdapat pada versi premium sahaja.

Jumlah interaksi rakan Facebook
Cara semak interaksi rakan Facebook

Banyak lagi fungsi yang anda boleh terokai sendiri pada tool ini. Kebiasaannya aku hanya menggunakan fungsi Friends Remover dan Interaction Scanner sahaja. Cuma perlu diingatkan jika anda nak guna tool ini, ianya atas tanggungjawab anda sendiri. Aku tak bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku terhadap akaun Facebook anda. Artikel ni juga bukan artikel affiliate atau promosi link yang menguntungkan aku. Aku cuma kongsikan kelebihan dan pengalaman aku menggunakan tool ni sahaja. Selamat mencuba!

Tak nak terlepas info dan perkongsian terbaru dari web ni? Sila join channel Telegram: https://t.me/imzanrazin

Share artikel ini:

Ruangan komen;

oyeh..oyeh. cuba lagi.