Cara Mudah Auto ‘Extract’ Dan Simpan Nombor Whatsapp Prospek

simpan nombor Whatsapp

Nak tau cara mudah untuk simpan nombor Whatsapp prospek? Kalau anda seorang peniaga online, anda mesti selalu terima mesej dari prospek di Whatsapp kan?

Nombor yang diterima tu tak pernah jadi contact pun. Jadi, kalau dah prospek mesej di Whatsapp, rugi kalau nombor tu dibuang macam tu je. Lebih baik simpan nombor Whatsapp prospek untuk tujuan promosi akan datang.

Sebab setiap nombor prospek yang masuk, adalah database berharga untuk perniagaan anda.

Kalau seorang dua, boleh la nak simpan secara manual. Cuba kalau puluhan atau ratusan mesej yang masuk setiap hari. Nak simpan nombor Whatsapp setiap prospek tu secara manual, agak meletihkan juga dan mengambil masa sedikit la. Jadi, kenapa tak guna cara auto yang lebih mudah dan menyenangkan kerja anda?

Bila dah simpan nombor Whatsapp ni sebagai database ni, adalah untuk tujuan broadcast (bulk message) atau marketing pada masa hadapan. Biasanya, digunakan untuk broadcast SMS ataupun broadcast Whatsapp. Untuk broadcast Whatsapp, saya akan gunakan sistem Wasapmatic.

Jadi, sekarang saya nak kongsikan cara untuk anda simpan nombor Whatsapp dengan hanya extract nombor dari setiap perbualan di aplikasi Whatsapp.

Cara ini percuma sahaja untuk digunakan (buat masa ini). Untuk menggunakan cara ini, anda hanya perlu menggunakan pelayar web Chrome dan Whatsapp Web sahaja. Jadi, pastikan anda dah login akaun Whatsapp anda pada Whatsapp Web ini.

Untuk langkah pertama, anda hanya perlu memasang extension iKontacts pada pelayar web Chrome anda. Untuk muaturun extension ini, boleh terus ke link ini: iKontacts iKontacts - simpan nombor Whatsapp

Selepas berjaya install extension iKontacts pada pelayar web Chrome anda, sila refresh laman web Whatsapp anda. Kemudian, anda hanya perlu klik pada butang extension iKontacts dan anda boleh terus klik pada export to text file.

Imzan Razin - Cara Mudah Auto 'Extract' Dan Simpan Nombor Whatsapp Prospek

 

Selepas berjaya scan dan extract semua nombor, sistem secara auto akan muaturun text file yang mengandungi semua nombor telefon. Cuma senarai nombor yang telah dimuaturun ini dalam format text dan bukannya dalam format excel, jadi senarai nombor itu mungkin tidak tersusun dan tidak teratur. Anda boleh copy dan paste semua senarai nombor telefon ini dari text ke excel supaya nampak lebih tersusun dan mudah untuk anda uruskan.

Untuk lebih jelas cara-cara memasang dan menggunakan extension iKontacts ni, anda juga boleh rujuk video tutorial di bawah;

 

========

Taknak terlepas info seperti ini? Jangan lupa untuk join Telegram Channel: t.me/imzanrazin

Leave a Reply

Haha! You cannot copy content of this page