4 min read

Cara Buat Lead Magnet Form Dengan Notifikasi WhatsApp -Kumpul Database (No.Phone)

Cara Buat Lead Magnet Form Dengan Notifikasi WhatsApp -Kumpul Database (No.Phone)

Sebelum itu, kita perlu faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Lead Magnet Form. Lead Magnet Form, atau dikenali juga sebagai Lead Form, ialah borang khas yang direka untuk mengumpul maklumat pelanggan. Sebagai balasannya, pelanggan akan menerima sesuatu yang bernilai, seperti ebook percuma, kupon diskaun, atau akses eksklusif.

Biasanya Lead Form ini digunakan dalam Email Marketing. Namun, untuk kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk anda membuat Lead Form yang akan menghantar 'gift' secara terus ke nombor WhatsApp pelanggan. Tanpa menggunakan email.

Cara ini sesuai jika anda hanya fokus untuk mengumpul database nombor telefon sahaja. Cara ini juga lebih menjimatkan kerana tidak bergantung kepada automation tool seperti Zapier, Pabbly, Autonami, dll.

Contoh Lead Magnet Form untuk hantar kupon

Langkah-langkah yang ditunjukkan ini hanya untuk pengguna laman web Wordpress sahaja. 3 plugin penting yang anda perlu guna ialah;

  1. Plugin Wasapmatic - tujuan untuk menghantar mesej WhatsApp secara automatik.
  2. Plugin Contact Form 7 (CF7) - tujuan untuk membina borang.
  3. Plugin Database for Contact Form 7 - tujuan untuk simpan database dari CF7

Ketiga-tiga plugin ini percuma untuk digunakan. Plugin CF7 dan Plugin Database for CF7 itu anda boleh terus download dari laman web Wordpress anda. Manakala plugin Wasapmatic anda perlu download dari dashboard sistem Wasapmatic.

Download plugin Wasapmatic dari dashboard akaun.

Plugin Wasapmatic

Terlebih dahulu, anda perlu mempunyai akaun Wasapmatic untuk menggunakan plugin Wasapmatic. Jangan risau, sistem Wasapmatic menawarkan plan percuma untuk anda guna. Anda boleh rujuk di laman web Wasapmatic untuk info plan dan harga.

Pastikan anda telah pilih WhatsApp Sebagai Sending Service di bahagian setting plugin Wasapmatic.

Setting Plugin Wasapmatic
💡
[PENTING] Pastikan anda install dan setup plugin Wasapmatic terlebih dahulu. Lihat tutorial: https://help.wasapmatic.com/wordpress-plugin/how-to-setup-wordpress-plugin

Plugin Contact Form 7 (CF7)

Seterusnya, anda boleh terus setup borang pada CF7. Oleh kerana borang ini hanya untuk kumpul database seperti nama dan nombor telefon, jadi saya hanya buat borang yang ringkas sahaja.

Tag yang saya gunakan untuk bahagian nombor telefon ialah [MESSAGINGAPI PHONE] atau pada ruangan borang akan ditunjukkan seperti ini: [messaging_phone* messaging_phone]

Lihat contoh borang CF7 yang saya dah siapkan. Klik gambar untuk besarkan.

Contoh setup borang menggunakan CF7
Contoh gambaran Lead Form dari CF7

Setelah selesai membuat borang, anda perlu ke bahagian Messaging API di menu borang CF7. Pastikan anda tandakan 'enable '. Walaupun ia tertulis SMS notification, jika anda sudah tetapkan WhatsApp sebagai sending service di plugin Wasapmatic, maka mesej WhatsApp yang akan dihantar. Bukannya SMS.

💡
Menu Messaging API pada CF7 hanya akan muncul setelah anda install plugin Wasapmatic.
  • Mobile number field: pilih tag nombor telefon yang anda telah tetapkan pada borang. Untuk contoh yang ni, [Messaging_phone]
  • SMS Message: Cipta mesej yang akan dihantar ke pelanggan. Ini adalah mesej yang akan dihantar ke nombor pelanggan setelah pelanggan menghantar borang. Anda boleh letak kod kupon, letak link download atau apa saja mesej yang anda ingin hantar kepada pelanggan.
  • Keywords: Klik pada bahagian keyword jika anda ingin menambah / memilih tag yang boleh digunakan didalam mesej. Keyword ini bergantung pada tag yang telah anda gunakan di bahagian borang. Sebagai contoh; saya letakkan [name] pada mesej. Jadi, secara auto, bahagian [name] akan terisi mengikut nama pelanggan yang diisi dalam borang.

Masih di borang yang sama, anda juga boleh ubah mesej pengesahan. Lihat contoh;

Mesej yang muncul selepas pelanggan isi borang.

Plugin Database for Contact Form 7

Plugin CF7 tidak menyimpan data-data yang ditelah dihantar melalui borang. Oleh sebab itu, anda perlu install plugin yang berasingan bagi tujuan menyimpan database. Salah satu pilihan plugin yang boleh digunakan ialah Plugin Database for Contact Form 7 ini.

Plugin Database for Contact Form 7

Kelebihan plugin ini ialah ia akan tunjukkan sumber (source) dari mana data tersebut diambil dan juga anda boleh export as CSV untuk kesemua database anda. Pentingnya untuk export data kerana anda boleh gunakan data-data ini untuk kempen follow up atau remarketing pada masa akan datang.

💡
Anda boleh gunakan sistem Wasapmatic untuk tujuan blast mesej / bulk message melalui WhatsApp. Dapatkan Wasapmatic dengan harga promo di promo.wasapmatic.com

Ok, itu sahaja perkongsian saya. Harap membantu. Bagi yang belum subscribe, jangan lupa untuk klik subscribe supaya tidak terlepas info semasa atau tutorial dari saya pada masa akan datang.