Cara Auto Extract dan Simpan Nombor Dari Group Whatsapp

Imzan Razin - Cara Auto Extract dan Simpan Nombor Dari Group Whatsapp

Dalam posting sebelum ni, saya ada kongsikan cara untuk extract dan simpan nombor whatsapp prospek yang pernah mesej anda. Kali ni, saya nak kongsikan pula cara untuk extract dan simpan nombor dari group Whatsapp.

Ramai yang bertanyakan cara untuk extract dan simpan nombor dari group Whatsapp ni. Mungkin anda adalah admin group Whatsapp yang mempunyai ahli yang ramai. Jika anda ada banyak group, anda boleh extract kesemua ahli group ke dalam 1 fail dan hantar mesej dengan 1 klik sahaja.

Tujuan extract nombor dari group Whatsapp ini adalah untuk menyenangkan anda kumpulkan kesemua nombor telefon (database) ahli group ke dalam 1 fail sahaja. Jadi, fail database ini boleh disimpan dan digunakan pada bila-bila masa untuk tujuan blast / bulk message samada menggunakan Whatsapp ataupun SMS. Kadar open rate bagi mesej yang dihantar pada setiap individu adalah lebih tinggi berbanding mesej yang dihantar di dalam group.

Jadi cara ini mungkin dapat membantu untuk blast / bulk message kepada setiap ahli group Whatsapp anda secara personal. Namun diingatkan supaya anda tidak spam message sesuka hati kepada nombor yang tidak dikenali. Saya tidak bertanggungjawab jika anda salahguna cara ini.

Untuk sistem blast / bulk message Whatsapp, anda boleh menggunakan sistem Wasapmatic.

Sekarang saya nak tunjukkan cara untuk extract dan simpan nombor dari group Whatsapp. Untuk menggunakan cara ini, anda hanya perlu menggunakan pelayar web Google Chrome dan Whatsapp Web sahaja. Buat masa ini, cara ini masih lagi boleh digunakan secara percuma. Namun ianya bergantung kepada kemaskini terkini dari pihak Whatsapp dan developer extension ini.

Seterusnya, anda perlu memasang extension Google Chrome yang bernama WA – Download Group Phone Numbers ke pelayar web Google Chrome anda. Untuk muaturun extension ini, boleh layari link ini: Wa Download Group Phone Numbers

Extract dan Simpan Nombor Dari Group Whatsapp

 

Selepas berjaya install extension WA – Download Group Phone Numbers pada pelayar web Chrome anda, sila refresh laman Whatsapp Web anda. Pastikan simbol extension sudah muncul di pelayar Google Chrome anda. Selepas itu, anda hanya perlu klik pada ikon extension untuk ke laman Whatsapp Web dan klik sekali lagi pada ikon extension untuk lihat menu sistem ini.

Extract dan Simpan Nombor Dari Group Whatsapp

Seperti yang anda lihat pada menu extension ini, anda boleh pilih untuk extract nombor dari group Whatsapp (dari mana-mana group) ataupun untuk extract nombor dari open chat (maksudnya extract nombor dari sesiapa yang mesej anda). Anda boleh pilih mana-mana pilihan yang bersesuaian dengan anda. Anda juga boleh pilih data bagaimana yang anda ingin muaturun. Selepas itu, anda hanya perlu tekan download sahaja. Fail yang dimuaturun adalah dalam format excel. Anda juga boleh rujuk posting sebelum ini, untuk cara urus database menggunakan excel.

Untuk lebih jelas cara penggunaan extension ini, anda juga boleh rujuk video dibawah;

 

========

Taknak terlepas info seperti ini? Jangan lupa untuk join Telegram Channel: t.me/imzanrazin

Leave a Reply

Haha! You cannot copy content of this page