Hai! Salam Perkenalan. Saya ialah Imzan Razin.

Ini ialah posting permulaan untuk blog aku. Untuk pengetahuan anda yang membaca sekarang ni, blog ini aku buat untuk suka-suka sahaja. Kalau rajin update, aku update. Selalunya malas nak update blog ni. 😅

Mungkin akan ada sedikit perkongsian berkaitan teknologi, bisnes ataupun perkongsian peribadi. Tapi kalau anda suka baca apa yang aku nak kongsikan, boleh teruskan membaca di blog ini.

Sebenarnya, ini kali kedua aku beli domain imzanrazin.com. Kali pertama beli, perancangannya nak buat blog (macam sekarang) tapi tengok-tengok dah tamat tempoh domain. Tak buat apa-apa pun. Nasib baik nak beli kali kedua ni, harga dah tak dilelong dengan harga ‘kapak’. 😂

Di Facebook, aku lebih dikenali sebagai Imzan Razin (bukan nama sebenar). Aku merupakan pemilik untuk sistem inboxhour.com, pmwasap.com.

Bagi yang pernah follow aku di Facebook (fb.me/imzan.razin2), biasanya tahu apa yang aku selalu kongsikan. Dalam blog ni, aku akan cuba kongsikan benda yang lebih kurang sama. Harap-harap ada kerajinan tu.

Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi singgah ke laman blog ini.

—–

Taknak terlepas info dari web ni? Meh join channel Telegram: https://t.me/imzanrazin

Leave a Reply

You cannot copy content of this page