Lollapalooza – Acara Konsert Besar Semasa Pandemik Covid-19

Lollapalooza, salah satu acara muzik atau konsert terbesar yang pernah dan masih diadakan di United States. Ianya merupakan konsert yang diadakan pada setiap tahun di Chicago, United States selama 4 hari berturut-turut. Dimulakan sejak tahun 1991 dan konsert ini tidak terhad kepada 1 genre muzik sahaja.

Pada awalnya, konsert Lollapalooza merupakan salah satu acara konsert jelajah (farewell tour) oleh penyanyi band rock, Jane’s Addiction iaitu Perry Farrell. Konsep awalnya ialah konsert 2 hari dengan jelajah seluruh negeri di United States dan Canada bersama band atau artis jemputan. Untuk konsert pertama Lollapalooza 1991, konsert ini disertai oleh band lain antaranya seperti Nine Inch Nail dan Henry Rollins Band.  Kemudian, konsert dengan konsep yang sama diulang untuk tahun seterusnya. Namun, pada tahun 1998, konsert ini terpaksa dibatalkan akibat masalah kewangan. Tidak terhenti setakat itu, konsert Lollapalooza diadakan sekali lagi pada tahun 2003 namun pada tahun 2004, konsert ini terpaksa dibatalkan. Kerana masalah kewangan dan jualan tiket yang merosot.

poster Lollapalooza 1991
Poster Lollapalooza 1991

Pada tahun 2005, Farrell sekali lagi mengadakan konsert Lollapalooza tetapi dengan mengabaikan konsep jelajah ke seluruh negeri di United States. Kali ini, konsert hanya tertumpu di Chicago dan dengan format 2 hari sahaja. Dengan kejayaan konsert Lollapalooza 2005, konsert ini diteruskan sekali lagi pada tahun 2006 dengan format 3 hari. Seterusnya, Lollapalooza dijadikan konsert tahunan di Chicago. Format 4 hari mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Pada tahun 2020, konsert ini dibatalkan akibat pandemik Covid-19. Walaupun dibatalkan, beberapa persembahan telah disiarkan secara dalam talian di platform Youtube secara percuma.

Tapak Lollapalooza 2020

Untuk tahun ini, 2021, konsert Lollapalooza tetap diteruskan walaupun dunia masih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19. Lollapalooza 2021 bermula pada 29 Julai sehingga 1 Ogos 2021. Menampilkan artis seperti Miley Cyrus, Post Malone, Limp Bizkit, Foo Fighters, dan ramai lagi.

Artis yang membuat persembahan Lollapalooza 2021

Cuma untuk konsert kali ini, penganjur mewajibkan penonton yang ingin hadir ke konsert ini telah lengkap divaksin ataupun telah mendapat keputusan negatif pada ujian Covid-19. Bagi penonton yang belum lengkap divaksin, diwajibkan untuk memakai topeng muka semasa konsert. Dianggarkan lebih 100,000 penonton yang hadir pada setiap hari konsert berlangsung. Terdapat 1 gambar yang viral di media sosial, yang menunjukkan kepadatan penonton semasa konsert ini berlangsung.

Kepadatan penonton semasa Lollapalooza 2021

 

Keadaan penonton Lollapalooza 2021

Ada juga warga tempatan yang meragui keselamatan ketika konsert berlangsung lebih-lebih lagi keadaan semasa dimana varian baru delta Covid-19 sedang merebak. Profesor dari Northwestern University Feinberg School of Medicine, Tina Tan juga berkata, konsert tersebut adalah ‘recipe for disaster‘ dimana keadaan menempatkan 100,000 penonton diruang yang sempit adalah tidak selamat. Suasana berisiko dan mudah menyebabkan penularan virus Covid-19.

“You’re less able to transmit COVID in an outdoor space, but that doesn’t mean that you can pack 100,000 people into a small, enclosed space where they’re on top of each other and expect nobody’s going to transmit. That’s not how it works.” – Tina Tan

Dijangkakan juga akan berlakunya peningkatan kes Covid-19 selepas berlangsungnya konsert Lollapalooza ini. Keputusan peningkatan kes akan diketahui selepas 14 hari namun pakar tidak dapat memberi kepastian samada peningkatan kes adalah berpunca dari konsert atau dari tempat lain. Kerana punca jangkitan itu tidak dapat dikesan kerana mengikut rekod, punca jangkitan juga boleh terjadi dari tempat awam yang lain.

Salah satu band yang membuat persembahan di Lollapalooza:

sumber:

  1. USAtoday
  2. Britannica
  3. BusinessInsider
  4. Buzzfeednews

Tak nak terlepas info dan perkongsian terbaru dari web ni? Sila join channel Telegram: https://t.me/imzanrazin

Share artikel ini:

Ruangan komen;

ooppss. sorry