Nak software Inboxhour versi lifetime?

Software Inboxhour (https://inboxhour.com/) ialah software automation untuk Facebook dan juga Instagram. Menggunakan API sah dari Facebook. Jadi, ianya tiada masalah untuk digunakan bersama akaun Facebook. Software ini telah pun digunakan sejak tahun 2018 lagi. Antara fungsi utama platform / software Inboxhour ialah;

  • Auto Reply / Auto PM Untuk Facebook Page
  • Messenger Bot
  • Ecom Messenger
  • Broadcasting Menggunakan SMS dan Email
  • Auto Post ke Facebook Page (milik anda) dan auto post ke media sosial yang lain
  • Plugin Facebook chat untuk wordpress

Walaupun ia mempunyai fungsi messenger bot, namun jangan disamakan dengan platform bot yang lain seperti Manychat, Chatfuel ataupun Uchat. Setiap platform / software ada kelebihan masing-masing.

Pada awal-awal kemunculan Inboxhour, pakej langganan ialah RM30 sebulan. Namun, pada September 2021, plan harga baru untuk Inboxhour diperkenalkan. Untuk plan baru ini, harga normal langganan Inboxhour ialah RM39 sebulan untuk plan Lite, RM79 sebulan untuk plan Standard dan RM129 sebulan untuk plan Premium. Itu harga tetap yang setiap pengguna bayar setiap bulan. Anda boleh tanya pengguna yang sememangnya dah menggunakan software / platform Inboxhour ni. Untuk mengetahui perbezaan antara plan dengan lebih jelas, anda boleh rujuk di https://inboxhour.com/pricing.

Beberapa video tutorial utama Inboxhour pun telah disiapkan dan akan ditambah dari semasa ke semasa. Untuk tutorial, anda boleh rujuk di channel Youtube Inboxhour atau di https://help.inboxhour.com/

 

Jadi, bagaimana untuk dapatkan akses lifetime untuk Inboxhour ni?

Memang SANGAT-SANGAT JARANG Inboxhour versi Lifetime ni ditawarkan. Sangat TERHAD. Biasanya tawaran ini dibuka sekali / dua kali setahun sahaja dan terhad untuk beberapa orang sahaja. Kali terakhir tawaran ini dibuka ialah pada bulan Mac 2021 dengan harga RM600 (lihat gambar dibawah) dan terhad untuk 5 orang sahaja. Setiap kali tawaran lifetime ini dibuka, harganya pasti makin menaik. Jadi, jangan sampai menyesal terlepas harga sekarang kerana harga tawaran lifetime sememangnya tak pernah diturunkan.

 

Kalau diikutkan hati, saya sememangnya tak nak buka tawaran lifetime. Bagi saya, saya lebih suka pengguna menggunakan plan normal iaitu langganan bulanan. Tapi disebabkan ada beberapa permintaan rakan-rakan, ada beberapa orang yang selalu minta plan lifetime, saya cuba buat sekali lagi untuk tahun ni. Kalau dah terlepas peluang yang ni, jangan minta lagi. Kena tunggu akan datang (tu pun kalau ada lagi tawaran seperti ini)

Harga untuk akses lifetime kali ni, sebenarnya sama dengan kos untuk Inboxhour plan Standard selama 10 bulan. (RM79 sebulan x 10). Jadi, harga lifetime Inboxhour kali ini ialah RM790. Cuma, ingin saya jelaskan bahawa plan lifetime ini adalah plan yang tersendiri dan berbeza dengan plan sedia ada (Lite, Standard mahupun Premium).

Untuk plan lifetime ni, anda hanya boleh guna / import 3 akaun Facebook TETAPI untuk fungsi-fungsi lain, semuanya UNLIMITED. Anda bayar untuk dapatkan akses lifetime (tiada lagi bayaran bulanan atau tahunan). Guna selagi ianya boleh digunakan.

Ingin saya ingatkan bahawa tawaran ini hanya dibuka untuk 15 orang sahaja (siapa cepat, dia dapat) dan tempoh tawaran ini hanya sah sehingga 31 Disember 2021. Jadi, tawaran ini ditutup sekiranya jumlah pembeli dah mencapai 15 orang (walaupun tidak sempat sampai 31 Disember 2021) atau jika tiada pembeli sekalipun, tawaran akan tetap ditutup pada 1 Januari 2022 (31 Disember adalah hari terakhir).

 

Dah berminat untuk dapatkan akses software Inboxhour versi lifetime?

Sekiranya berminat dengan akses lifetime software Inboxhour, anda hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM790. Satu kali bayaran sahaja untuk penggunaan tanpa bayaran bulanan. Klik butang dibawah untuk teruskan pembayaran.

PERINGATAN: Tawaran ini hanya terhad untuk 15 orang yang terpantas dan sah sehingga 31 Disember 2021

ooppss. sorry