Tutorial Semak Rating IMDB Dan Rotten Tomates Pada Netflix Dengan Lebih Cepat

Surface computer

Ini adalah tutorial untuk kau nak semak rating bagi setiap filem atau tv series yang ada kat Netflix dengan lebih cepat. Maksudnya, kau tak perlu nak check tajuk filem atau tv series satu persatu kat Google. Buka je Netflix, terus nampak rating. Cuma cara ini hanya sesuai untuk pengguna Netflix pada PC dan laptop sahaja. Bukan untuk device android TV atau android box ye.

Bagi penggemar filem atau tv series, biasanya hanya 2 laman web ini sahaja yang dijadikan rujukan untuk rating filem atau tv series iaitu IMDB dan Rotten Tomatoes. 2 laman web ni mengumpul review dari peminat seluruh dunia. Untuk setiap filem atau tv series, kau boleh bandingkan rating antara IMDB dan Rotten Tomatoes ni. Kadang-kadang ada rating antara 2 laman web ini tak sama. Ada rendah dan ada tinggi. Tapi, kalau sesuatu filem atau tv series tu, memang mendapat rating rendah di IMDB dan Rotten Tomatoes, aku sarankan tak perlulah nak bazirkan masa tengok filem tersebut. Salah satu filem yang mendapat rating paling rendah di IMDB dan Rotten Tomatoes ialah Dragonball Evolution. Filem adaptasi dari komik  / manga / anime terkenal iaitu Dragon Ball.

Even the 7 Dragonballs Can’t Save This Movie – 2/10 (IMDB’s user review)

IMDB dan Rotten Tomatoes

Untuk tutorial ini, pastikan kau menggunakan Google Chrome browser pada PC atau laptop. Lepas tu, kau buat carian di Google, ‘Trim Netflix.’ Nanti kau akan lihat keputusan Google macam gambar di bawah ni. Klik saja pada ‘Trim: IMDB Ratings on Netflix‘ untuk install extension ni pada Google Chrome.

Selepas berjaya install Trim extension ni, kau dah boleh refresh laman web Netflix pada PC atau laptop kau. Sekarang, kau akan dapat lihat perubahan pada laman web Netflix. Laman web Netflix akan paparkan rating IMDB dan Rotten Tomates pada setiap filem atau tv series yang ada. Kau boleh rujuk contoh gambar yang aku tunjuk dibawah. Bulatan kuning adalah rating IMDB manakala bulatan putih adalah rating Rotten Tomatoes.

Rating IMDB pada Netflix

Ada juga filem atau TV series yang tidak dipaparkan rating. Itu kerana filem atau TV series itu masih baru dan belum mendapat review lagi. Cuma ada 1 kekurangan extension ni yang aku perasan. Kadang-kadang rating tu tak berapa tepat. Contohnya, bila aku klik detail rating IMDB (bulatan kuning), dia akan redirect ke laman IMDB filem yang berlainan. Mungkin kerana ada filem lain yang mempunyai tajuk yang sama. Tapi, secara keseluruhan, boleh la dijadikan rujukan dengan lebih cepat.

Tutorial ini sesuai kalau kau suka tonton filem atau tv series berdasarkan rating. Untuk senang kau tapis ikut kualiti rating. Kalau kau suka tonton Netflix di telefon atau di TV, mungkin tutorial ini tak boleh digunakan.

Aku pun sebenarnya lebih gemar tonton di TV berbanding di PC ataupun laptop. Jadi, cara aku ialah, aku guna tutorial ini pada PC aku untuk cari filem atau tv series yang ada rating tinggi, kemudian aku akan masukkan filem atau tv series tersebut di dalam list aku. Klik je ‘add to my list‘. Jadi, bila aku buka Netflix di telefon ataupun TV, aku terus ke bahagian my list. Itu sahaja.

Add to my list Netflix

Aku juga ada tunjuk cara install extension ni video Tiktok aku. Boleh tengok di bawah ni:

@imzanrazin

Check IMDB rating pada Netflix. #fyp #foryou #tutorial #Netflix #tiktokguru #imzanrazin #imdb

♬ SUNNY DAY – Matteo Rossanese

Tak nak terlepas info dan perkongsian terbaru dari web ni? Sila join channel Telegram: https://t.me/imzanrazin

Share artikel ini:

Ruangan komen;

oyeh..oyeh. cuba lagi.