Cara Mudah Auto ‘Extract’ Dan Simpan Nombor Whatsapp Prospek
Nak tau cara mudah untuk simpan nombor Whatsapp prospek? Kalau anda seorang peniaga online, anda mesti selalu terima mesej dari prospek di Whatsapp kan?
Nombor yang diterima tu tak pernah jadi contact pun. Jadi, kalau dah prospek mesej di Whatsapp, rugi kalau nombor tu dibuang macam tu je. Lebih baik simpan nombor Whatsapp prospek untuk tujuan promosi akan datang.
Sebab setiap nombor prospek yang masuk, adalah database berharga untuk perniagaan anda.
Kalau seorang dua, boleh la nak simpan secara manual. Cuba kalau puluhan atau ratusan mesej yang masuk setiap hari. Nak simpan nombor Whatsapp setiap prospek tu secara manual, agak meletihkan juga dan akan mengambil masa. Jadi, kenapa tak guna cara auto yang lebih mudah dan menyenangkan kerja anda?
Tujuan simpan nombor database ini adalah untuk broadcast (bulk message) atau tujuan marketing pada masa hadapan. Biasanya, digunakan untuk broadcast SMS ataupun broadcast Whatsapp. Untuk broadcast Whatsapp, saya akan gunakan sistem Wasapmatic ataupun software WaSender.
Jadi, sekarang saya nak kongsikan 2 kaedah untuk anda extract nombor dari setiap perbualan di aplikasi Whatsapp.
Bagi yang belum subscribe, sila subscribe terlebih dahulu untuk meneruskan pembacaan dibawah ini.